Tuesday, October 21, 2014

Cara Mudah Buat Blog Untuk Perniagaan - Siri 1

Salam,

Setentunya memang ramai yang berminat atau yang telah menceburi bidang perniagaan dan telah memilih blog sebagai satu medium untuk memasarkan produk mereka atau memperkenalkan perniagaan mereka.

Namun begitu, tidak salah rasanya bagi saya menyatakan jika masih ramai juga yang tidak menitikberatkan cara-cara pembinaan blog yang sebenarnya untuk perniagaan.  Cukuplah sekadar membuka satu blog, mencari 'template' yang bersesuaian dan seterusnya pos pelbagai artikel bersertakan imej-imej produk mereka.  Tetapi, cukupkah sekadar berbuat demikian ?

Blog saya ini, bertujuan untuk menambahbaik blog-blog perniagaan, sama ada dari segi reka bentuk, mahupun cara-cara untuk menaikkan 'page rank' anda, mahupun kedudukan anda di 'Google Search' .

Saya juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi untuk memberi pandangan atau idea-idea yang baru dalam meningkatkan SEO, bagi membantu golongan peniaga kecil dan sederhana untuk turut serta dalam menggunakan media blog sebagai satu cara untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Mengapa saya memilih blog?

#1  Blog ( Blogspot ) adalah percuma!

Cuba anda fikirkan, seandainya anda diberi peluang untuk membuka sebuah kedai, dan anda mempunyai 3 pilihan, sama ada ruang kedai percuma, ruang kedai yang perlu disewa, dan tapak lot kedai yang harus anda beli, yang mana satu pilihan anda?  Sekiranya anda baru sahaja berjinak-jinak di dalam perniagaan, sepastinya anda harus mencuba yang percuma terlebih dahulu, sebelum anda melaburkan wang anda untuk pilihan yang lain, bukan?  Sekiranya perniagaan anda sudah  bertapak kukuh, dan mempunyai modal yang cukup, barulah anda boleh memikirkan pilihan yang seterusnya untuk membesarkan perniagaan anda.

#2   Blog adalah mudah dan senang!

Sememangnya, pasti sudah ramai yang tahu cara untuk membuat blog dan menggunakannya, iaitu dengan membuat post baru, msukkan imej dan 'publish'!  Begitu mudah.  Berbanding jika anda menyewa hosting, anda perlu memikirkan tentang nama domain anda (www.contoh.com ), kemudian membina laman web anda sendiri dan sebagainya.  Bagi mereka yang kurang arif dengan pengaturcaraan HTML, PHP mahupun CSS, mungkin agak sukar untuk melakukannya, dan ini dapat membantut hasrat mereka untuk membina 'laman web' bagi perniagaan mereka.

#3  Kelebihan dan kekurangan, pasti ada!

Kelebihan? Blogspot adalah kepunyaan syarikat gergasi Google.  Dan anda sepatutnya tahu, sebagai produk Google, sepastinya blogspot akan mempunyai kelebihan di dalam SEO.  Dan anda setentunya sudah tahu, Google adalah enjin pencarian No 1 rakyat Malaysia!

~ bersambung, mata dah mengantuk dah....~

Monday, October 13, 2014

Cara Mudah Letak Meta Desciption dan Keyword Berbeza Untuk Setiap Post

Salam,



Kali ini saya akan beritahu satu cara mudah bagaimana untuk meletakkan Meta Description atau Keywords yang berbeza-beza untuk setiap post di blog anda.  Mungkin ramai yang sudah tahu, atau pasti ada juga yang baru berjinak-jinak dengan blogging ni, sama ada untuk kegunaan peribadi atau pun untuk tujuan perniagaan.

Kebiasaannya, jika anda search di dalam Google, pasti untuk meletakkan meta description dan keywords yang berbeza di dalam post anda memerlukan anda copy  kod-kod tertentu di dalam laman web atau blog, dan paste kan di dalam template blog anda.. Ini memerlukan kemahiran dalam HTML, kerana jika tersilap langkah, keseluruhan blog anda akan 'hang'.

Apa tujuannya mempunyai meta description dan keywords yang berbeza-beza untuk setiap post anda?

-- bersambung ---
** SEO POWERED BY SEO Energizer **